FAQs

Pendaftaran dan Akaun Atas Talian

Pendaftaran di laman ini akan memudahkan proses pemesanan anda dengan adanya maklumat pembayaran dan penghantaran. Ini akan memberi kemudahan kepada anda sekiranya anda hendak menjejak pesanan yang telah dibuat dan status pembayaran.

Klik di sini untuk mendaftar dengan mengisi maklumat anda mengikut arahan yang diberi.

Tidak, tetapi anda akan menerima updates tentang stok terbaru dan promosi yang dijalankan sekiranya anda mendaftar untuk Newsletter kami. Klik di sini untuk mendaftar Newsletter kami.

Tidak sama sekali. Anda tidak perlu risau, kami tidak akan mendedahkan sebarang maklumat kepada syarikat lain. Segala maklumat yang anda berikan adalah amanah
kerahsiaan dan tidak akan dikongsi bersama mana-mana pihak.

Jika anda terlupa kata laluan, klik sahaja di butang “Lupa Kata Laluan” dan satu emel akan dihantar kepada anda untuk pengesahan kata laluan yang baru.

Kami akan memastikan anda dan maklumat anda selamat ketika anda membeli-belah dengan kami secara atas talian.

Pesanan

Wakil khidmat pelanggan kami amat berbesar hati untuk membantu anda. Anda hanya perlu emelkan ke kami di info@galeriaddeen.com atau hubungi kami di **-********.

Anda boleh terus hubungi kami melalui email dan nombor telefon. Kami akan membantu anda untuk membatalkan pembelian supaya anda boleh membuat pesanan yang baru.kerahsiaan dan tidak akan dikongsi bersama mana-mana pihak.

Boleh, tetapi anda perlu hubungi kami terlebih dahulu dan memberitahu bahawa anda ingin membatalkan pesanan supaya kami tidak akan meneruskan proses pesanan anda. Jika sudah terlewat untuk membatalkan pesanan, anda hanya perlu memulangkan semula barang tersebut kepada kami dan wang anda akan kami pulang semula. Klik di sini untuk hal pemulangan barang.

Dalam kebanyakan kes, pesanan akan dibatalkan serta merta jika anda tidak membuat sebarang pembayaran dalam tempoh 24 jam.

Anda perlu lakukan pesanan sekali lagi secara berasingan

Anda perlu emailkan kepada kami ID pesanan anda dan barang yang tidak diterima itu di info@galeriaddeen.com.

Anda perlu emailkan kepada kami ID pesanan anda dan barang yang tidak diterima itu di info@galeriaddeen.com. Anda kemudian perlu memulangkan semula barang yang tersalah hantar itu tadi kepada kami. Klik di sini untuk hal pemulangan barang.

Beberapa barang boleh di-restock. Kami akan membuat pengumuman di Newsletter kami sekiranya ada barang yang telah di-restock.

Kami akan proceed ke proses pembungkusan selepas pembayaran settlement dikemaskini ke bank akaun syarikat Galeri Addeen Empire. Kami juga akan menghantar nombor tracking menerusi email anda.
 
Berikut adalah jadual settlement pembayaran mengikut tarikh pembayaran pesanan anda: 
 
1) Pesanan hari Isnin, settlement pada hari Selasa. Pos hari Rabu.
2) Pesanan hari Selasa, settlement pada hari Rabu. Pos hari Khamis.
3) Pesanan hari Rabu, settlement pada hari Khamis. Pos hari Jumaat.
4) Pesanan hari Khamis – Ahad, settlement pada hari Isnin. Pos hari Selasa.

Penghantaran

Kami membuka penghantaran ke serata Malaysia. InshaAllah, kami akan membuka penghantaran ke persada antarabangsa pula.

 

SEMENANJUNG

RM7

SABAH/SARAWAK

RM10

*bergantung kepada berat barangan yang dipesan.

Penghantaran akan mengambil masa selama 3 hari bekerja.

Sebaik sahaja pesanan anda diproses dan dibungkus, kami akan menghantar emel yang mengandungi tracking number kepada anda untuk anda membuat semakan status penghantaran barang anda. Tracking number akan dihantar kepada emel anda yang berdaftar dengan kami sahaja. Semak juga di bahagian Junk Mail sekiranya emel yang kami hantar ada bahagian tersebut. Jika anda telah membuat pembayaran sebelum 3.00pm, penghantaran adalah pada hari yang sama. Jika pembayaran dibuat selepas 3.00pm, maka penghantaran adalah pada keesokan harinya.

Kami memohon maaf atas apa yang telah berlaku kerana ianya juga di luar kawalan kami. Kami memohon kerjasama anda untuk mengambil gambar kerosakan yang berlaku disertakan dengan penerangan dan nombor ID pesanan anda dan hantarkan kepada kami melalui emel info@galeriaddeen.com. Kami akan segera menukarkan barang anda dengan barang yang baru. Jika barang anda telah habis stok, kami akan memulangkan semula wang anda.

Anda perlu segera memaklumkan hal itu kepada kami melalui emel info@galeriaddeen.com dan kami akan menukarkan barang anda. Klik di sini untuk hal penukaran.

Anda perlu segera memaklumkan hal itu kepada kami melalui emel info@galeriaddeen.com dan kami akan menukarkan barang anda. Klik di sini untuk hal penukaran.

Jika anda di tempat kerja, anda digalakkan untuk menggunakan alamat tempat kerja anda kerana perkhidmatan penghantaran seperti Poslaju beroperasi bermula 8.30am sehingga 8.00pm pada hari minggu dan 8.30am sehingga 5.00pm pada hari Sabtu. Jika tiada penerimaan dibuat semasa penghantaran ke alamat anda, barang anda akan disimpan di Poslaju berdekatan anda untuk anda sendiri mengambilnya atau akan dikembalikan semula kepada kami.

Maaf, kami tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran COD.

Pemulangan dan Penukaran

Pemulangan akan diterima jika dipulangkan dalam tempoh 30 hari dalam resit. Jika ianya pakaian, hanya pakaian yang belum dipakai, dipotong, dibasuh dan masih dalam bungkusan asalnya yang boleh dipulangkan.

Untuk penukaran, sila nyatakan warna/saiz/jenis baru yang hendak ditukar itu. Jika barang sudah kehabisan stok, kami akan memulangkan semua wang anda.

Anda perlu hantarkan emel terlebih dahulu. Kemudian anda boleh memulangkan semula barang tersebut kepada kami dalam masa 30 hari selepas hari anda menerimanya.

Bungkuskan semula barang tersebut dalam bungkusan asalnya dan hantarkan kepada alamat kami.

Anda boleh meninggalkan bungkusan anda bersama dengan nota konsainmen pada bungkusan tersebut secara percuma di mana-mana poslaju berdekatan anda. Sekiranya anda masih tidak menerima atau anda dicaj atas bungkusan anda, hantarkan gambar resit kepada kami dan maklumat akaun bank anda. Kami akan menguruskan urusan pemulangan wang kepada anda secepat mungkin.

Hantarkan emel kepada kami di info@galeriaddeen.com dan kami akan menguruskannya.

Kami akan menghantar emel kepada anda sejurus selepas kami menerima bungkusan anda untuk memberitahu bahawa ia telah selamat sampai ke tangan kami.

Hantarkan emel kepada kami di info@galeriaddeen.com dan kami akan semak semula maklumat pesanan anda.

Kami tidak menerima sebarang ‘walk-in pickup/return’. Anda boleh poskan sahaja barangan anda kepada kami.

Jika anda di tempat kerja, anda digalakkan untuk menggunakan alamat tempat kerja anda kerana perkhidmatan penghantaran seperti Poslaju beroperasi bermula 8.30am sehingga 8.00pm pada hari minggu dan 8.30am sehingga 5.00pm pada hari Sabtu. Jika tiada penerimaan dibuat semasa penghantaran ke alamat anda, barang anda akan disimpan di Poslaju berdekatan anda untuk anda sendiri mengambilnya atau akan dikembalikan semula kepada kami.

Maaf, kami tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran COD.

Close Menu
×
×

Cart